
Dalam satu kenyataan ringkas awal hari ini, PH turut mengambil maklum pelantikan Hasni Mohammad, iaitu pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, sebagai menteri besar negeri itu yang ke-18.
“Kami berpandangan bahawa keadaan buntu ini akan menyukarkan urusan yang memerlukan kelulusan Dewan Negeri,” katanya.
Bagaimanapun, Adun PH akan terus berkhidmat kepada rakyat sesuai dengan mandat yang diberikan kepada pakatan itu pada pilihan raya umum ke-14.
Terdahulu, Hasni, 61, yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baru di Istana Bukit Serene di sini petang semalam untuk menggantikan Dr Sahruddin Jamal dari PPBM.
Hasni bakal memimpin kerajaan negeri “Gabungan Baru” yang merangkumi BN, PAS dan PPBM.