Amanah terus sokong Dr M jadi PM

Amanah terus sokong Dr M jadi PM

Mohamad Sabu berharap Allah memberi kekuatan kepada Dr Mahathir Mohamad untuk melalui kemelut politik ketika ini.

Mohamad Sabu berkata, Amanah berdiri teguh dengan PH dan Dr Mahathir Mohamad untuk Malaysia yang lebih baik.
PETALING JAYA:
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyuarakan sokongan penuh kepada Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan pengerusi Pakatan Harapan (PH).

“Semoga Allah memberi kekuatan kepada Tun untuk melalui kemelut politik yang berlaku ini.

“Kami teguh berdiri bersama Pakatan Harapan dan Tun untuk Malaysia yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mahathir mengumumkan peletakan jawatannya sebagai perdana menteri dan pengerusi PPBM.

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin pula mengisytiharkan parti itu meninggalkan PH.

Ini selepas spekulasi penubuhan gabungan baru terdiri daripada ahli Parlimen parti pemerintah dan pembangkang yang akan membentuk kerajaan persekutuan baru.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.