
Beliau berkata keselamatan negara tidak boleh dipertaruhkan di tangan seseorang yang terlalu rasis tetapi diberikan kuasa untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.
“Itu amat merisaukan.
“Orang seperti itu jika berkedudukan hendaklah ditamatkan jawatannya segera sebelum negara menjadi kacau bilau,” tulisnya di Facebook.
Jumaat lalu, Thomas berkata mempunyai gambar pengasas dan pemimpin LTTE dalam telefon bimbit atau akaun Facebook dan representasi lain yang berkaitan tidak menukar seseorang menjadi pengganas.
“Sekiranya ia hanya kenyataan atau bantahan, sama ada dalam media sosial atau sebaliknya, tanpa ugutan keganasan, ia bukanlah perbuatan pengganas.
“Sebagai pendakwa raya, saya mestilah memastikan kelakuan saya sebagaimana yang akan menjaga, menggalakkan dan mempertahankan kepentingan keadilan,” katanya.
Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Mohd Yassin bagaimanapun berkata LTTE masih dikategorikan sebagai kumpulan pengganas dan kerajaan tidak berhasrat untuk mengugurkan kedudukan kumpulan itu.
Katanya, Thomas tidak mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan dan bidang kuasa menteri dalam negeri.