
Axiata Group Bhd kini mengadakan perbincangan dengan 11 rakan kongsi berpotensi mengenai penyediaan satu kertas cadangan, kata timbalan ketua eksekutif syarikat berkenaan Mohd Izzadin Idris di sini, hari ini.
Mereka meliputi bank dan operator e-dompet, katanya tetapi enggan menamakan firma terbabit.
Axiata akan menyertai syarikat bukan bank seperti Grab Holdings Inc, Ant Finacial dan Singapore Telecommunications Ltd dalam memasuki bidang kewangan digital di Asia.
Hong Kong akan menyaksikan 8 peminjam maya memulakan operasi tahun ini, sementara Singapura dijangka mengeluarkan 5 lesen kepada firma bukan bank pada Jun.
Thailand juga dilihat meletakkan batu asas bagi inisiatif serupa.
Pada Disember bank pusat Malaysia mengeluarkan kertas dasar ke arah penubuhan bank digital.
Ia merancang untuk menawarkan 5 lesen pada penghujung 2020 selepas memuktamadkan dasar mengenainya pada setengah pertama tahun ini.
Axiata kini berbincang dengan bank pusat dan menjangka operasi bank digitalnya akan bermula pada setengah ke-2 tahun depan dengan syarat ia memperolehi kelulusan itu, kata Izzadin.
Axiata merupakan firma telekomunikasi terbesar dari segi hasil.