Matta nampak peluang galak pelancongan domestik sebalik Covid-19

Matta nampak peluang galak pelancongan domestik sebalik Covid-19

Setiausaha Agung Matta, Nogel Wong berkata penyedia perkhidmatan pelancongan menawarkan harga murah.

KUALA LUMPUR:
Wabak Covid-19 peluang untuk mengalakkan pelancongan domestik, kata Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta).

Setiausaha Agung Nigel Wong berkata keperlahanan dalam perjalanan antarabangsa membawa kepada permintaan lebih tinggi terhadap destinasi dalam negara.

“Krisis itu menyebabkan kami semua bersatu dan mempromosikan pelancongan bersama.”

Beliau menambah Matta mengemukakan 10 cadangan kepada kerajaan untuk pakej rangsangan yang akan diumumkan pada 27 Feb.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dijadualkan akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bagi menangani cabaran yang mungkin memberi kesan pada pelbagai industri kerana wabak koronavirus.

Wong bercakap pada sidang media mengumumkan pesta perjalanan domestik Matta Cuti-cuti Malaysia, yang akan diadakan pada April 4-5 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Beliau menambah pesta itu langkah bijak kerana pelbagai penyedia perkhidmatan pelancongan akan menawarkan harga murah untuk bilik dan tempat duduk.

Global Doctors Association dan Persatuan Hotel Malaysia bekerjasama melatih pengurusan dan kakitangan hotel mengenai kebersihan dan keselamatan.

Pesta itu dijangka menjana hasil RM40 juta.

Rocky Kho, pengerusi pemerhatian pesta Cuti-cuti Malaysia, menambah kerajaan nampaknya lebih bersedia menangani kecemasan kesihatan awam kali ini berbanding wabak SARS pada 2003.

Presiden Persatuan Hotel Malaysia, Kamaruddin Baharuddin berkata banyak hotel sedia menawarkan diskaun sehingga 50%.

Beliau berkata pengurusan hotel mengambil langkah untuk memenuhi garis panduan dan tatacara operasi standard yang digariskan Kementerian Kesihatan bagi memastikan kebersihan untuk pengunjung.

“Selamat untuk tinggal di hotel. Kami bekalkan topeng kepada tetamu dan kami ambil suhu badan semua kakitangan setiap hari.”

Beliau menambah hotel meningkatkan kekerapan pembersihan dan menyediakan pensanitasi tangan di kawasan awam.

Kamaruddin berkata pemain pelancongan ada mencadangkan pemansuhan sementara cukai pelancongan bagi mengalakkan perjalanan. Bagaimanapun, hanya hanya boleh mengurangkan cukai itu.

Beliau berkata permintaan mereka adalah cukai pelancongan dikurangkan dari RM10 semalam seorang kepada RM1.

MAH juga memeterai memorandum persefahaman dengan Global Doctors Association (GDA) bagi mempromosikan perjalanan yang sihat dan selamat sepanjang tempoh itu.

Pengerusi eksekutif GDA, Dr Sharifah Fauziah Alhabshi berkata GDA akan bekerjasama dengan MAH dalam menyediakan perkhidmatan seperti vaksinasi untuk kakitangan hotel dan pengunjung, dan melatih pengurusan dan kakitangan hotel mengenai kebersihan dan keselamatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.