Kastam batal tuntutan cukai jualan, penalti RM22 juta terhadap Heineken

Kastam batal tuntutan cukai jualan, penalti RM22 juta terhadap Heineken

Sebelum ini Jabatan Kastam Selangor membatalkan notis tuntutan cukai jualan dan penalti berjumlah RM20.65 juta yang dikeluarkan kepada Carlsberg Brewery Malaysia

Dalam pemfailan hari ini, Heineken berkata Kastam membatalkan tuntutan cukai jualan untuk tempoh 1 Julai 2012 hingga 31 Oktober 2013. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Satu notis tuntutan cukai jualan dan penalti berjumlah RM22.16 juta yang dikeluarkan oleh Kastam Malaysia kepada Heineken (M) Bhd telah dibatalkan, lapor The Edge Markets.

Syarikat itu berkata ia menerima surat, bertarikh 3 Feb yang membatalkan notis tuntutan berkenaan pada, 17 Feb lepas.

Dalam pemfailan hari ini, Heineken berkata tuntutan itu adalah untuk cukai jualan antara 1 Julai 2012 hingga 31 Oktober 2013.

Laporan itu menambah bahawa terdapat satu lagi notis tuntutan berjumlah RM34.17 juta untuk duti eksais dari 28 Ogos 2012 hingga 31 Oktober 2013 kekal tidak berubah.

Syarikat itu berkata ia mempunyai alasan kukuh untuk menolak asas tuntutan tersebut.

Sebelum ini, Jabatan Kastam Selangor membatalkan notis tuntutan cukai jualan dan penalti berjumlah RM20.65 juta yang dikeluarkan kepada Carlsberg Brewery Malaysia.

Carlsberg mengesahkan pembatalan tuntutan cukai jualan berjumlah RM13.76 juta dan penalti sebanyak RM6.88 juta bagi tempoh 1 Julai 2011 hingga 14 Januari 2014 dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.