Pertama kali China catat jumlah pesakit Covid-19 pulih atasi kes baru

Pertama kali China catat jumlah pesakit Covid-19 pulih atasi kes baru

Pada Selasa menyaksikan seramai 1,824 orang dibenarkan keluar hospital, lebih tinggi berbanding jumlah yang dijangkiti iaitu 1,749.

Bilangan kes baru Covid-19 yang disahkan di luar wilayah Hubei, menunjukkan penurunan sejak 15 hari berturut-turut. (Gambar AP)
BEIJING:
Buat pertama kali China mencatatkan bilangan pesakit Covid-19 yang pulih mengatasi jumlah kes baru, memetik Suruhanjaya Kesihatan Negara, lapor agensi berita Xinhua.

Pada Selasa menyaksikan seramai 1,824 orang dibenarkan keluar hospital, lebih tinggi berbanding jumlah yang dijangkiti iaitu 1,749.

Keseluruhan sejumlah 14,376 pesakit yang dijangkiti dibenarkan keluar hospital sehingga Selasa.

Bilangan kes baru yang disahkan di luar wilayah Hubei, menunjukkan penurunan sejak 15 hari berturut-turut. Sejumlah 56 kes baru dilaporkan di luar Hubei, penurunan ketara dari 890 pada 3 Feb, menurut suruhanjaya itu.

Suruhanjaya itu berkata pihaknya menerima laporan sebanyak 1,749 kes baru yang disahkan pada Selasa dari 31 wilayah, termasuk 1,693 di Hubei.

Kes terbaru Covid-19 di China menurun kepada 1,886 pada Isnin, buat kali pertama berada di bawah 2,000 sejak 31 Jan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.