Dr M ingatkan pemimpin tunjuk keberanian elak cubaan rebut kedudukan

Dr M ingatkan pemimpin tunjuk keberanian elak cubaan rebut kedudukan

Mahathir Mohamad berkata sekiranya negara mempunyai terlalu ramai pemimpin, ia akan menimbulkan masalah.

Dr Mahathir Mohamad ketika menghadiri sesi dialog bersama Sekolah Kepimpinan Masa Depan Malaysia di Pusat Belia Antarabangsa, hari ini.
KUALA LUMPUR:
Seseorang pemimpin perlu berani berdepan dengan cabaran dan menunjukkan kebolehan masing-masing agar tiada pihak cuba merebut kedudukannya sebagai pemimpin, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Di sini kita tekankan pentingnya mempunyai nilai-nilai yang akan memperkuatkan keupayaan kita.

“Antaranya ialah keberanian,” katanya ketika ucaptama sempena sesi dialog bersama Sekolah Kepimpinan Masa Depan Malaysia (MFLS) di Pusat Belia Antarabangsa, hari ini.

Hadir sama, isteri Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Timbalannya Steven Sim Chee Keong.

Mahathir berkata sekiranya negara mempunyai terlalu ramai pemimpin, ia akan menimbulkan masalah.

Hal ini, katanya, mereka akan berlawan sesama sendiri dan lupa dengan tugas masing-masing untuk memimpin.

“Apabila pemimpin habiskan masa dan tenaga bersaing sesama sendiri maka mereka akan hilang keupayaan menyaingi.”

Sementara itu, dalam sesi dialog bersama peserta MFLS, Mahathir berkata tiada jaminan sesuatu dasar yang baik dapat dikekalkan sekiranya berlaku pertukaran kuasa.

Mengambil contoh peristiwa peletakan jawatannya pada 2002, Mahathir berkata beliau mahu segala rancangan dan dasar yang dirancang diteruskan untuk memastikan negara boleh mencapat status Wawasan 2020.

Bagaimanapun, beliau mendapati terdapat pertukaran pemikiran dan dasar yang dibuat berdasarkan acuan pemimpin baru yang mengakibatkan kemerosotan ke atas rancangan tersebut.

“Ini risiko yang kita hadapi kerana adakalanya dasar kita adakan buruk tapi kita tunggu untuk adakan pilihan raya untuk turunkan pemimpin yang buruk untuk ganti (dasar) yang baik.”

Katanya, perkara itu adalah elemen demokrasi yang diamalkan Malaysia dengan memberikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan prestasi seseorang pemimpin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.