
Lelaki itu dilaporkan melompat dari tingkap bilik di mana dia dikuarantin di Hospital King Fahd di Jeddah.
“Penghuni itu ditempatkan di ruang pengasingan yang tertutup, mengikut keperluan kesihatan, tetapi penghuni itu menanggalkan butang keselamatan tingkap dan terjun pada jam 12.24 pagi. Pelajar itu disahkan meninggal duni pada jam 3:30 pagi pada Sabtu,” menurut kenyataan Jabatan Kesihatan, memetik laporan Stepfeed.
Kenyataan itu mengatakan lelaki terbabit mengalami masalah kesihatan menggunakan istilah “virus pernafasan” dan tidak dianggap sebagai Covid-19. Kewarganegaraan pesakit itu juga tidak didedahkan.
Menurut kenyataan itu lagi, pesakit dikuarantin sementara doktor menunggu keputusan ujian darah untuk mengesahkan penyakitnya. Keputusan hanya keluar pada Sabtu pagi, mendedahkan lelaki itu negatif Covid-19.
Lelaki terbabit berada di negara itu kira-kira 8 bulan dan merupakan pelajar di Universiti King Abdulaziz.
Setakat ini, Arab Saudi belum mengesahkan apa-apa kes Covid-19.