
Tahukah anda jika imej satelit mengesan pelepasan Sulfur Dioksida (SO2) ia bermakna berlakunya pembakaran sama ada mayat atau sisa perubatan.
Baru-baru ini menggemparkan apabila viral imej satelit yang menunjukkan pelepasan Sulfur Dioksida (SO2) secara luar biasa di Wuhan iaitu bandar dimana seramai 11 juta penduduk tinggal dan tersebarnya wabak Covid-19.
Ramai yang mendakwa pelepasan SO2 pada tahap tinggi dan luar biasa di Wuhan itu dikatakan berkait rapat dengan pembakaran besar-besaran mayat pesakit Covid-19.
Namun sejauh mana kebenarannya?
Para saintis berpendapat bahawa Sulfur Dioksida ini akan terhasil dalam 2 situasi iaitu sama ada mayat atau sisa perubatan sedang dibakar.
Berdasarkan imej yang diperoleh menerusi windy.com, pakar merumuskan yang paras SO2 di Wuhan berada pada tahap yang membimbangkan.

Data pada hujung minggu lalu menunjukkan tahap pelepasan berada pada 1,350mg per meter padu, jauh mengatasi dos yang dibenarkan iaitu 500mg per meter padu, tidak boleh dibebaskan dalam tempoh lebih 10 minit.
Sedangkan kepekatan SO2 533mg per meter padu selama 15 minit pun sudah dianggap tinggi oleh kebanyakan negara, inikan pula 1,350mikrogram per meter padu.
Untuk makluman, pendedahan kepada paras SO2 yang tinggi dipercayai boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti asma dan radang paru-paru.
Sebelum ini dilaporkan ada arahan yang dikeluarkan pegawai tertinggi China meminta mayat mangsa dibakar dengan segera dan perkhidmatan pengebumian dikurangkan.
Bagaimanapun sehingga kini masih belum jelas adakah pelepasan SO2 yang tinggi di Wuhan itu berkait rapat dengan pembakaran mayat mangsa wabak Covid-19 atau sebaliknya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]