
KUALA LUMPUR: Dua rakyat Malaysia yang menaiki kapal persiaran Diamond Princess sedang dikuarantin di Pelabuhan Yokohama, Jepun, disahkan positif Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook rasminya berkata, 2 lagi rakyat Malaysia masih menunggu keputusan ujian Covid-19.
“Kapal persiaran Diamond Princess yang sedang dikuarantin mencatatkan kes kluster terbesar di luar China dengan lebih 400 orang disahkan positif.
“Kedua-dua mereka yang positif sedang dirawat di Jepun.”
Semalam, media melaporkan 455 penumpang kapal itu disahkan positif Covid-19 sehingga kini.