
Pelakon Liam Hemsworth kini dilaporkan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan Gabriella Brooks selepas bercerai dengan bekas isterinya yang juga penyanyi Miley Cyrus.
Ini antara usaha terbaik yang dilakukan Liam Hemsworth untuk meneruskan kehidupannya.
Menerusi laporan Hollywoodlife, Liam dikatakan enggan mengambil perhatian mengenai hubungan cinta Miley dengan kekasihnya Cody Simpson.
“Liam sudah melupakan kisah silam dan dilihat lebih positif dalam menjalani kehidupan hariannya. Hubungan cinta Miley dan Cody bukan keutamaanya.
“Malah, dia tidak mahu memikirkan soal mereka berdua,” kata sumber.
Liam kini kerap dilihat meluangkan masa bersama dengan Gabriella Brooks.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]