14 penumpang kapal Diamond Princess rakyat AS disah dijangkiti Covid-19

14 penumpang kapal Diamond Princess rakyat AS disah dijangkiti Covid-19

Jumlah itu adalah tambahan kepada 40 rakyat AS yang berada di Jepun selepas didapati positif Covid-19 sebelum proses penghantaran balik.

Kapal persiaran Diamond Princess dikuarantin di pelabuhan Yokohama, Jepun pada 3 Feb dan akan berada di sana sekurang-kurangnya sehingga 19 Feb dengan 3,700 penumpang dan jumlah yang dijangkiti meningkat setiap hari. (Gambar AP)
MOSCOW:
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengumumkan 14 rakyatnya yang dipindahkan dari kapal persiaran Diamond Princess diuji positif Covid-19.

Jumlah itu tambahan kepada 40 rakyat negara itu yang berada di Jepun selepas didapati positif virus itu sebelum proses penghantaran balik.

“Semasa proses pemindahan, selepas penumpang turun dan dibawa ke lapangan terbang, pegawai AS menerima notis 14 penumpang diuji positif Covid-19,” lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan Jabatan Negara pada Isnin.

Menurut kenyataan itu penumpang yang dijangkiti diletakkan di ruang khas dalam pesawat berkenaan.

Secara keseluruhan, kira-kira 300 warga Amerika dipindahkan, 40 daripadanya dimasukkan ke hospital di Jepun.

Kapal persiaran Diamond Princess dikuarantin di pelabuhan Yokohama pada 3 Feb dan akan berada di sana sekurang-kurangnya sehingga 19 Feb. Terdapat 3,700 penumpang dan jumlah yang dijangkiti meningkat setiap hari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.