Jangan campur urusan kerajaan negeri, PH Sabah beritahu Rahman Dahlan

Jangan campur urusan kerajaan negeri, PH Sabah beritahu Rahman Dahlan

Semalam Rahman Dahlan menggesa kerajaan negeri menjelaskan pemecatan Raymond.

Mesyuarat biro disiplin PKR Sabah di Kota Kinabalu hari ini memutuskan untuk menyiasat dakwaan salah laku ketua Pemudanya, Raymond Ahuar.
KOTA KINABALU:
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Christina Liew hari ini mengingatkan anggota Majlis Tertinggi Umno Rahman Dahlan supaya tidak mencampuri urusan kerajaan negeri.

Christina yang juga merupakan timbalan ketua menteri Sabah berkata, pemecatan setiausaha politiknya, Raymond Ahuar dibuat boleh Kabinet negeri itu.

“Tak perlu campur. Ia urusan dalaman dan kami akan uruskannya sendiri. Tak perlu peduli sebab-musabab yang difikirkan oleh Rahman Dahlan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis kepimpinan PKR negeri di ibu pejabat parti itu di sini, hari ini.

Ketika ditanya kenapa PKR Sabah tidak mempertahankan ahlinya, Raymond, yang merupakan ketua Pemuda PKR negeri berkata,” tak ada komen.”

Semalam Rahman Dahlan menggesa kerajaan negeri menjelaskan pemecatan Raymond.

Katanya, apakah ia berpunca daripada dialog antara Raymond dengan penduduk pribumi di Kampung Tatalaan II di Nabawan pada 13 Feb lepas berkait aduan mengenai kegiatan pembalakan di tanah masyarakat setempat.

“Masyarakat Murut di kawasan itu membuat aduan tentang kegagalan syarikat pembalakan tersebut menyukat dan mengagihkan plot tanah kepada mereka.

“Kegagalan ini menyebabkan mereka tidak layak untuk menerima geran plot tanah itu,” katanya di Facebook.

Raymond, yang belum menerima surat pemecatannya daripada setiausaha kerajaan berkata, beliau dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Menteri Christina Liew bahawa Ketua Menteri Shafie Apdal mencadangkan langkah pemecatan itu yang kemudiannya disokong oleh majoriti menteri Kabinet negeri.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet negeri pada 12 Feb, sehari sebelum lawatan ke Nabawan.

Raymond bagaimanapun enggan menjawab pertanyaan berkait pemecatan beliau, sehari sebelum lawatannya ke kawasan pedalaman itu.

Bagaimanapun Raymond mendakwa ia ada hubungan dengan kegiatan pembalakan di Kampung Tatalaan II dan penduduk setempat tidak berpuas hati mengenainya.

Dipercayai beliau menggunakan kepala surat PKR Sabah yang memperkenalkan dirinya sebagai setiausaha politik timbalan ketua menteri Sabah.

Ketua biro disiplin PKR Sabah Sazalye Donol ketika ditemui FMT berkata, satu siasatan dalaman telah dimulakan bagi menentukan sama ada Raymond melanggar etika parti.

“Siasatan akan dibuat oleh parti walaupun insiden yang berlaku bukan urusan parti, tetapi melibatkan kerajaan negeri,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.