
Dunia masih lagi dikejutkan dengan penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang bermula dari satu daerah yang dikenali sebagai Wuhan, China.
Apa tidaknya, angka kematian mangsa penyakit yang masih belum ditemui vaksin itu bertambah setiap hari.
Jumlah pesakit menunjukkan peningkatan secara mendadak.
Ia bukan sahaja menular di bumi China, tetapi telah berjangkit ke seluruh dunia.
Untuk menghadapi virus yang begitu ditakuti itu, manusia di seluruh dunia tiba-tiba menjadi cemas dan takut.
Semua orang mula mencari penutup mulut, sarung tangan dan sanitizer untuk elak diserang koronavirus.
Ekoran daripada penularan wabak ini, barisan hadapan seperti doktor dan pengamal perubatan berkerja keras bagi menyelamatkan ribuan nyawa yang masih terjejas.
Tidak dilupakan juga mereka yang bertungkus-lumus memastikan kebersihan kawasan seperti hospital dan tempat awam seperti tukang cuci.
Tapi jangan terkejut kerana ada satu bidang kerja yang juga mampu memberikan orang kaya cepat, dengan syarat sanggup berani mati.
Gaji yang ditawarkan RM21,000 sebulan lumayan bukan, tapi kerjanya sebagai tukang cuci di hospital Wuhan!
Ya, itulah nilai gaji yang ditawarkan kepada mereka yang sanggup menjadi tukang cuci di hospital yang kini menempatkan ribuan pesakit koronavirus di Wuhan, China.
Ini bukan cerita rekaan tetapi inilah iklan jawatan kosong yang disiarkan dalam sebuah portal di China baru-baru ini.
Namun apa yang lebih menarik perhatian di sebalik musibah ini, ada golongan yang menjadi wira yang tidak didendang.
Kita perlu tabik kepada doktor dan pegawai perubatan yang sentiasa bersiap sedia mengubati ribuan pesakit yang disyaki dijangkiti koronavirus.
Mereka sebenarnya adalah di barisan paling depan dan golongan berani mati malah tak kisah penat dan wang ringgit.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]