
Penyebaran wabak koronavirus (Covid-19) masih berterusan malah angkanya terus meningkat setiap hari.
Angka kematian juga bertambah dan sudah melepasi jumlah kematian akibat Sars pada 2003 iaitu 1,110 orang di China dan wilayah Hubei dilaporkan paling teruk terjejas apabila melaporkan 94 kematian baru.
Seharusnya pemantauan dan pemeriksaan rapi akan terus dilakukan bagi menghentikan penularan wabak ini.
Bagaimanapun viral satu rakaman video yang mengejutkan ramai pihak yang menontonnya, ini kerana rakaman itu memaparkan layanan dan cara yang dilakukan terhadap satu pasangan yang didakwa telah dijangkiti Covid-19 di China.
Ramai berpendapat cara itu agak kejam dan keterlaluan apabila pasangan tersebut dimasukkan ke dalam kotak sebagai kaedah untuk kuarantin mereka.
Ia sekaligus mencetuskan kontroversi selepas layanan yang ditunjukkan kerajaan China ke atas pesakit tersebut sangat teruk.

Apa yang menyedihkan, dalam rakaman berdurasi 57 saat itu boleh dilihat pasangan tersebut berpelukan pada awal video sambil wanita menangis teresak-esak ketakutan.
Mereka kemudiannya dibawa naik ke belakang trak dan dikurung di dalam kotak besi di atas trak tersebut.
Turut kedengaran suara wanita itu menjerit sekuat hati sambil mengetuk pintu kotak itu berulang kali.
Berdasarkan pemerhatian kotak tersebut dilihat agak terlalu kecil dan sempit untuk menempatkan 2 orang serentak.
Mereka yang menyaksikan kejadian ini mengecam dan mengutuk dengan cara dan layanan yang digunakan kerajaan China terhadap mereka yang disyaki dijangkiti Covid-19.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]