Degil… Ahli bina badan meninggal dunia dijangkiti koronavirus kerana enggan pakai topeng

Degil… Ahli bina badan meninggal dunia dijangkiti koronavirus kerana enggan pakai topeng

Qiu Jun, 72 hanya mampu bertahan 4 hari ketika menerima rawatan di hospital selepas kerap pergi gimnasium kerana tidak mahu pakai topeng muka.

Ahli bina badan China meninggal dunia akibat koronavirus gara-gara tidak mahu pakai topeng muka. (Gambar AsiaWire)

Gara-gara sikap degil tidak mahu memakai topeng muka, seorang ahli bina badan di Wuhan akhirnya meninggal dunia akibat terkena jangkitan wabak koronavirus.

Qiu Jun, yang masih kuat dan aktif walaupun sudah mencecah usia 72 tahun, hanya mampu bertahan 4 hari ketika menerima rawatan di sebuah hospital.

Menurut laporan Dailystar, dia yang berasal dari bandar Wuhan, pusat di mana wabak tersebut mula dikesan, meninggal dunia 6 Februari lalu.

Pesara tersebut sebelum ini sering dilihat bersenam di Zhongshan Park selama beberapa jam.

Dilaporkan, walaupun sering kali dinasihatkan ahli keluarganya, Qiu tetap terus bersenam dan pergi ke gimnasium sehingga seluruh bandar Wuhan mula dikuarantin pada 23 Januari lalu.

Menantunya yang dikenali sebagai Hai, kemudian menghantarnya ke Hospital Union Wuhan selepas mengalami demam.

Pada 28 Januari ujian dilakukan ke atasnya, dan dia di diagnosis positif koronavirus pada 2 Februari.

Qiu diletakkan di wad isolasi di Wuhan Red Cross Hospital pada keesokan harinya, dan meninggal dunia 4 hari kemudian.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.