Kedutaan AS kecewa Dr M desak Trump letak jawatan

Kedutaan AS kecewa Dr M desak Trump letak jawatan

Ia susulan perdana menteri mendesak Donald Trump meletak jawatan susulan keputusannya mengumumkan pelan damai Timur Tengah.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendesak Presiden AS Donald Trump melatak jawatan.
PETALING JAYA:
Kedutaan Amerika Syarikat melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Dr Mahathir Mohamad mengenai presiden mereka, Donald Trump, mengatakan ia tiada “semangat dialog yang membina” yang menggariskan hubungan antara kedua-dua negara.

Semalam, perdana menteri mendesak Trump meletak jawatan susulan keputusannya mengumumkan pelan damai Timur Tengah yang dikenali sebagai “Deal of the Century”.

Mahathir berkata, keputusan Trump tidak adil kerana ia hanya akan menimbulkan lebih banyak konflik di rantau itu yang ketika ini turut dibantah berbilion orang di dunia.

Kedutaan AS berkata ucapan perdana menteri “tiada semangat dialog yang membina yang telah lama menjadi asas hubungan AS-Malaysia.”

Ia berkata hubungan AS dan Malaysia menghasilkan hasil keputusan di peringkat serantau dan global.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.