
“Memang benar setiausaha kerajaan negeri Sarawak menandatangani perjanjian dengan kerajaan persekutuan untuk menamatkan perjanjian PDP untuk projek itu.

“Tetapi apa pilihan anda ada apabila anda diberi pilihan sama ada menandatangani perjanjian pembatalan atau tidak menerima apa-apa pembiayaan yang dipersetujui untuk projek itu diteruskan?” kata Fadillah dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Petra Jaya itu, yang juga ketua whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata keadaan yang sama turut dihadapi kerajaan negeri ketika membaikpulih sekolah usang.
Beliau berkata Sarawak “dipaksa” untuk membayar bayaran pendahuluan sebanyak RM1 bilion secara berperingkat kepada kerajaan persekutuan sebelum projek membaikpulih sekolah usang boleh dimulakan oleh kerajaan persekutuan.
Walaupun jumlah RM1 bilion telah diluluskan dalam Bajet 2018 di bawah kerajaan BN sebelum ini, katanya.

Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak, Chong Chieng Jen semalam berkata Fadillah perlu mendapatkan penjelasan daripada kerajaan negeri di bawah GPS kenapa ia setuju menamatkan perjanjian PDP dan menandatangani perjanjian itu pada 6 Feb 2020.
“Sebelum Fadillah mula membuat tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan persekutuan, nasihat saya kepadanya, mendapatkan penjelasan daripada kerajaan negeri di bawah GPS.”
Chong berkata berdasarkan perjanjian sebelum ini, PDP akan dibayar 5.5% daripada jumlah kos projek. Di samping itu, PDP juga akan dibayar sepenuhnya untuk semua perbelanjaannya, termasuk gaji, elaun pekerja dan semua perbelanjaannya.
“Itulah sebabnya, apabila penamatan PDP dan mengembalikan pelaksanaan projek itu kepada kaedah konvensional, kerajaan boleh menjimatkan anggaran RM3.1 bilion.”
Fadillah berkata Setiausaha Agung DAP dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kos projek boleh turun kepada RM18.8 bilion daripada RM21.8 bilion jika dilaksanakan kerajaan secara konvensional, adalah “mengelirukan dan bertujuan untuk menipu”.
Fadillah berkata Menteri Kerja Persekutuan Baru Bian menyatakan di Parlimen pada 26 Mac 2019 bahawa kos asal yang disasarkan untuk projek itu ialah RM16.48 bilion.
Beliau berkata sasaran asal kos projek itu dihadkan kepada RM16.488 bilion dan bukan RM21.9 bilion, dengan sasaran tarikh siap pada akhir 2021.
“Sehingga kini, jadual pelaksanaan di landasan yang betul sementara kosnya terkawal.
“Oleh itu, sasaran kos asal sekali lagi disemak kepada RM15.13 bilion sekarang ini, angka yang lebih rendah daripada kos asal RM21.9 bilion yang dinyatakan Lim, dan kos semakan RM18.8 bilion,” katanya.