
Seorang ahli farmasi muda yang berada di barisan hadapan dalam memberikan rawatan koronavirus di China telah jatuh pengsan dan meninggal dunia kerana bekerja berlebihan.
Dia ditemui sudah meningal dunia oleh rakan sekerjanya.
Menurut Chinanews.com, staf perubatan itu dikenal pasti sebagai Song Yingjie dan baru berusia 28 tahun.
Dia ialah timbalan ketua satu kumpulan farmaseutikal di sebuah pusat kesihatan di daerah Henshang dan terlibat dalam membantu mencegah koronavirus.
Dia sudah bekerja di pusat kesihatan itu sejak April 2016 dan menyertai pasukan yang diletakkan di Yuelin Expressway.

Song melakukan apa yang terdaya dan menyatakan sanggup bekerja setiap hari mulai 25 Jan lalu iaitu hari pertama Tahun Baru Cina.
Dia bertanggungjawab mengedarkan bekalan perubatan kepada rakan sekerjanya dan bekerja keras selama 10 hari 9 malam di saat negaranya mencuba sedaya upaya berlawan dengan virus itu.
Pada 3 Feb, dia habis syif pada 12 tengah malam dan bergerak ke dormitori untuk berehat.
Apa yang menyedihkan, rakan sekerjanya menemui dia telah meninggal dunia dan dipercayai dia maut disebabkan serangan jantung mengejut kerana terlalu bekerja keras.
Bagaimanapun pihak berkuasa masih menyiasat kesnya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]