
Nasi lemak sememangnya cukup sinonim dengan Malaysia dan ia menjadi kegemaran majoriti rakyat Malaysia dan juga pelancong daripada luar negara.
Malah, pelancong luar negara turut mengakui kelazatan nasi lemak Malaysia meskipun ada sesetengah daripada mereka pada mulanya mengutuk ikan bilis berbau busuk.
Dan baru-baru ini seorang gadis dari Malaysia iaitu Siti Safura Mohd Tawil tampil juara di pertandingan Chef Ireland Culinary Competition 2020 dalam kategori Asian-Indian cuisine competition class.
Kemenangannya dikongsikan olehnya melalui Instagram milik beliau.

Apa yang menarik perhatian, beliau berjaya ketengahkan menu istimewa iaitu “Nasi Lemak Bunga Telang” dalam pertandingan tersebut dan berjaya memikat hati dan deria rasa para juri.

“Nasi Lemak Bunga Telang” yang dihasilkan oleh beliau cukup unik kerana nasi lemak itu berwarna biru dan dihidangkan bersama ayam rendang, kerabu dan keropok kering rangup.
Menerusi perkongsian tersebut, beliau turut berterima kasih di atas sokongan dan dorongan yang diberikan oleh ramai pihak sepanjang pertandingan tersebut berlangsung.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]