Remaja OKU meninggal dunia seorang diri gara-gara ayah dikuarantin kerana koronavirus

Remaja OKU meninggal dunia seorang diri gara-gara ayah dikuarantin kerana koronavirus

Menyayat hati seorang remaja OKU ditemui mati kelaparan sendirian selepas ayah dan abang dikuarantin akibat koronavirus.

Remaja OKU yang dibiarkan keseorangan dan tidak mampu makan atau minum sendiri ditemui mati selepas ayah dan abangnya dikuarantin suspek koronavirus. (Gambar BBC)

Gara-gara terpaksa dikuarantin akibat daripada penularan wabak koronavirus, seorang anak OKU ditemui mati dalam rumah seorang diri.

Ayah dan abang kepada remaja malang itu dikuarantin sejak seminggu yang lalu disyaki terkena wabak koronavirus.

Yan Cheng, 16, tidak boleh makan sendiri kerana keadaannya yang cacat.

Lapor BBC, mayat remaja itu dijumpai di rumahnya di pekan Huajiahe, Huanggang, Wilayah Hubei.

Insiden ini ternyata menggemparkan penduduk di wilayah itu.

Difahamkan ekoran insiden itu, datuk bandar Huajiahe dan setiausaha parti komunis setempat telah dilucutkan jawatan.

Remaja OKU tersebut menghidap Cerebral palsy dimana satu gangguan pergerakan kekal yang muncul ketika umur awal seorang kanak-kanak.

Gejalanya selalu ia melibatkan koordinasi yang lemah, otot yang kaku, dan lemah.

Mungkin juga ada masalah dengan deria, penglihatan, pendengaran, menelan, dan bercakap.

Dalam sesetengah kes, pesakit lumpuh terus.

Lebih menyayat hati, ayahnya ada muat naik status di Weibo iaitu satu aplikasi media sosial dari China meminta pertolongan orang ramai dengan memaklumkan yang anak dia terbiar di rumah berseorangan tanpa makan dan minum.

Namun, selepas berita kematian anaknya itu, pihak berkuasa tempatan terus menyiasat kes ini.

Wilayah Hubei, tempat tinggal mereka sekeluarga ini salah satu tempat koronavirus mula membiak pada Disember lepas.

Setakat ini, koronavirus novel telah merebak kepada 27 negara.

Kes telah meningkat kepada 20,696, manakala angka kematian juga telah meningkat kepada 427 dan 781 kini dalam proses pemulihan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.