Gara-gara masak sambil pakai fon kepala, kanak-kanak maut jatuh dalam kari panas

Gara-gara masak sambil pakai fon kepala, kanak-kanak maut jatuh dalam kari panas

Kanak-kanak 3 tahun meninggal dunia ekoran melecur teruk selepas jatuh dalam periuk kari baru masak.

Sekolah di India akan masak kari dalam periuk besar namun kecuaian tukang masak menggunakan fon kepala ketika masak menyebabkan seorang kanak-kanak maut.

Seorang budak perempuan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam periuk berisi kari panas di sebuah sekolah di daerah Mirzapur, Uttar Pradesh, India.

Kejadian itu dikatakan tidak disedari oleh tukang masak yang didakwa mendengar muzik dengan menggunakan fon kepala.

Mangsa yang berusia 3 tahun melecur teruk selepas terjatuh ke dalam periuk kari yang baru saja siap dimasak.

Bapa mangsa mendakwa tukang masak langsung tidak menyedari kejadian itu.

Abang kepada mangsa yang menyaksikan kejadian itu turut menjerit untuk meminta tolong, tetapi tidak didengari tukang masak berkenaan.

Guru sekolah kemudian bergegas membantu budak itu namun mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Susulan kejadian itu, Majistret Daerah Mirzapur, Sushil Kumar Patel memerintahkan guru besar sekolah terbabit digantung daripada tugas.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Asas Mirzapur berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan selepas menerima laporan penuh berhubung kejadian.

“Tindakan akan diambil. Saya diberitahu bahawa budak itu bukan murid di sekolah berkenaan,” katanya.

Ia bukan kes pertama membabitkan kanak-kanak mati di sekolah akibat kecuaian manusia.

November tahun lalu, seorang budak lelaki 3 tahun meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam periuk berisi kari di daerah Ranga Reddy di Telangana.

Pada awal bulan sama, seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun pula termasuk ke dalam kawah gulai yang menggelegak.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.