Siasatan dakwaan dadah, judi babit Adun Dengkil selesai tak lama lagi

Siasatan dakwaan dadah, judi babit Adun Dengkil selesai tak lama lagi

Sabarlah, kata timbalan ketua polis negara.

Adhif Syan Abdullah. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Siasatan kes melibatkan Adun Dengkil, Adhif Syan Abdullah yang ditahan bersama 16 individu lain dalam serbuan polis di Puchong bulan lalu akan selesai tidak lama lagi.

“Saya rasa tak lama kita akan dapat keputusan. Jadi, sabarlah,” kata Timbalan Ketua Polis Negara, Mazlan Mansor kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan pada sidang media selepas majlis Ops Selamat sempena Tahun Baru Cina di Bukit Aman hari ini.

Jawatan Adhif selaku ketua Pemuda PPBM Selangor digantung partinya bagi membantu siasatan polis selepas beliau dinamakan antara 17 individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pangsapuri pada pagi 12 Jan.

Menurut polis, mereka ditahan atas dakwaan penyalahgunaan dadah dan aktiviti perjudian.

PPBM mengambil ketetapan untuk menunggu siasatan pihak berkuasa sebelum menentukan nasib Adhif. Pengerusi Dr Mahathir Mohamad berkata parti tidak boleh menjatuhkan hukuman sebelum keputusan mahkamah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.