
Semua pihak sedang mengambil langkah berjaga-jaga menentang penularan wabak koronavirus yang kini menyerang banyak negara.
Pernahkah anda terfikir bagaimana cara koronavirus menyerang seseorang? Bagaimana kesannya? Siapa yang lebih berisiko untuk sakit teruk atau berdepan kematian? Dan bagaimana anda merawatnya?
Kini pasukan perubatan Hospital Jinyintan di Wuhan sudah mengenal pasti kesannya terhadap tubuh badan manusia.
Analisis yang dilakukan terhadap 99 pesakit yang dirawat dan ia diterbitkan dalam jurnal perubatan Lancet.
Serangan paru-paru
Kesemua 99 pesakit yang dibawa ke hospital itu mengalami radang paru-paru di mana serangannya melalui oksigen yang bergerak dari udara ke darah dalam badan yang penuh dengan air.
Gejala lain adalah 82 daripadanya mengalami demam, 81 batuk, 31 sesak nafas, 11 mengalami sakit otot, 9 orang mengalami kekeliruan, 8 orang sakit kepala dan 5 orang sakit tekak.
Kematian pertama
2 pesakit pertama yang mati pada asalnya dilihat sihat, walaupun mereka seorang perokok dalam tempoh yang lama.
Mangsa pertama, seorang lelaki berusia 61 tahun, mengalami radang paru-paru yang teruk apabila tiba di hospital.
Dia mengalami masalah pernafasan yang teruk di mana paru-parunya tidak dapat memberikan oksigen yang mencukupi kepada organnya untuk membolehkan dia bernafas dengan baik.
Walaupun diberikan bantuan oksigen, paru-parunya gagal dan jantungnya berhenti berfungsi.
Akhirnya dia meninggal dunia selepas 11 hari dimasukkan ke hospital.
Pesakit kedua, seorang lelaki berusia 69 tahun, juga mengalami pernafasan yang sukar.
Dia turut diberikan bantuan oksigen namun tetap gagal, akhirnya dia meninggal akibat radang paru-paru dan tekanan darahnya juga turun.
Daripada keseluruhan jumlah yang dicatat, 10% telah mati.
Sehingga 25 Januari lalu, seramai 57 orang masih di hospital, 37 telah dibebaskan dan 11 orang meninggal dunia.
Sungguhpun jumlah kematian adalah minimum, namun masih ramai lagi yang ditahan di hospital, dan ia berkemungkinan juga boleh mati.
Turut dilaporkan, daripada 99 pesakit seramai 49 orang itu mempunyai kaitan dengan pasar yang menjual binatang eksotik di pasar basah Wuhan.
Mereka terlibat sebagai pengurus atau orang yang mengurus kedai-kedai di pasar basah tersebut, sementara 2 orang lagi pembeli.
Usianya pula sekitar 56 sehingga 67 tahun dan ramai dalam kalangan mereka merupakan lelaki.
Malah daripada 99 pesakit itu juga terdapat penyakit lain yang menyebabkan mereka mudah dijangkiti koronavirus berbanding orang lain.
40 daripadanya mempunyai jantung yang lemah atau saluran darah yang rosak sementara 12 orang lagi menghidap diabetes.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]