
Bagi anda yang tidak tahu di mana lokasi menarik untuk dikunjungi minggu ini, anda boleh pergi ke i-City Shah Alam untuk bersuka ria bersama keluarga memandangkan pelbagai aktiviti yang disediakan.
Menariknya anda tidak akan dikenakan sebarang caj atau bayaran untuk bermain setiap aktiviti kerana ia promosi sempena Selangor Golden Triangle, Shah Alam.
Untuk makluman anda, promosi ini akan berlangsung selama sehari sahaja iaitu Ahad ini, 9 Februari.
Bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam terdapat hampir 60 aktiviti sama ada “indoor” mahupun “outdoor” yang anda boleh terokai.
Apa yang anda perlu lakukan ialah hanya perlu memuat turun aplikasi i-City dan cari Selangor’s Golden Triangle Day Pass, kemudian klik pada butang promosi, masukkan butiran anda, dan mainlah sepuasnya yang anda suka!

Namun bagi mereka yang tidak mahu beratur panjang, bayaran sebanyak RM35 akan dikenakan di setiap kawasan yang anda ingin pergi, malah anda juga boleh memasuki Red Carpet 2 secara percuma!
Jika anda mahu masuk SnoWalk pula, anda perlulah menyewa jaket dan but RM30, penutup telinga dan sarung tangan RM10 dan sewa loker RM3.
Sementara di Waterworld anda perlu menyewa loker untuk simpan barang dengan harga RM10 atau RM20.
Selain itu, anda juga boleh membeli minuman bikarbonat dengan harga 50 sen sahaja dengan menggunakan Touch n’ Go e-wallet.
i-City juga menggunakan sistem i-Points di mana ia tidak menggunakan tunai sebaliknya ia memerlukan anda untuk membuat tambah, contohnya RM50 untuk 50 i-Point.

Berikut masa di setiap permainan yang perlu diketahui :
WaterWorld: 10 pagi – 6 petang
SnoWalk / Red Carpet / Trick Art Museum / Red Carpet 2 / centralWalk: 11 pagi – 11 malam
City of Digital Lights (Zone A, Zone B, Itsy Bitsy): 4 petang – 12 malam
Bagi setiap permainan, kanak-kanak perlu melebihi ketinggian 90cm.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]