
Jika anda pernah mendengar cerita tentang istana bunian, ia wujud di banyak negeri seperti Melaka, Kedah, Johor dan Kelantan.
Namun di sebalik kewujudan istana bunian ini, masing-masingnya mempunyai keunikan dan sejarah tersendiri tentang asal usul cerita tempat itu.
Ia dilihat seperti menjadi trend mengapa istana bunian wujud di banyak tempat, namun ramai yang tidak mengetahui tentangnya.
Bercerita tentang istana bunian di Bachok, Kelantan, difahamkan ia dimiliki seorang lelaki yang juga berasal di kawasan tersebut iaitu Hashim Abdul Rahman.

Dia memberi nama bangunan itu sebagai istana bunian kerana membawa maksud besar, cantik dan indah manakala bunian bermaksud alam halus.
Jadi istana bunian merupakan sebuah bangunan yang indah dengan reka bentuk ukiran yang halus.
Menurutnya berdasarkan laporan media, idea untuk membina istana bunian ini tercetus sejak Hashim berumur 12 tahun lagi.

Setiap reka bentuk dalam istana itu diperbuat daripada simen dan diukir mengikut kreativiti Hashim sendiri.
Jelasnya, sehingga kini kos pembinaan istana tersebut dikatakan mencecah RM1.5 juta dan sejak dibina pada 1987, istana bunian itu masih belum siap sepenuhnya sehingga hari ini.
Turut difahamkan, dia juga pernah ditawar RM1 juta oleh individu “rahsia” untuk membeli istana bunian itu.
Nilai itu mengambil kira rekabentuk istana 2 tingkat, mempunyai 7 buah kolam dengan rekaan unik.
Ini bermakna istana bunian tidaklah seram seperti yang difikirkan kerana namanya yang gerun itu membuatkan ramai pelancong dalam dan luar negara tertarik untuk berkunjung di kawasan itu.
Sumber: Facebook Oghe Bachok
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]