
Setiap hari pasti ada sahaja individu yang cuba melakukan eksperimen atau melakukan perkara yang aneh.
Dan kali ini, giliran Simon Weckert pula membuktikan eksperimen beliau menggunakan 99 telefon pintar.
Umum mengetahui, traffic jam atau kesesakan lalu lintas Google Maps diukur melalui kelajuan kenderaan yang bergerak di sesebuah kawasan.
Bagi menghasilkannya, Simon Weckert telah memilih untuk mengaktifkan Google Maps pada 99 telefon pintar beliau serta membawanya sambil berjalan dengan menggunakan sebuah kereta sorong.

Eksperimen yang dibuat turut membuatkan sesetengah pengguna skeptikal mengenai cara Google Maps mengesan kesesakan lalu lintas namun pekerja dari Google mengesahkan kesahihannya.
Meskipun dianggap sekadar eksperimen, ada pengguna yang teruja dengan kemahiran beliau dalam “menipu” sistem.
Bagaimanapun, tidak kurang juga individu yang kurang gemar dengan pendekatan yang dibuat khususnya mereka yang benar-benar terkejut dengan kesesakan jalan raya di tempat mereka.

Eksperimen beliau yang dilakukan baru-baru ini kini tular dan telah sampai ke pihak Google sekaligus mengundang jawapan balas daripada Google.
Berdasarkan laporan yang dikongsikan 9to5Google, difahamkan syarikat ini kagum dengan usaha lelaki ini bagi membuktikan masih terdapat ruang yang perlu diberi perhatian oleh Google Maps sekaligus membuatkan syarikat ini untuk bekerja lebih keras dalam menawarkan pengalaman Google Maps yang lebih tepat buat para pengguna.
Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana lelaki ini berjaya “menipu” sistem Google Maps.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]