
Selepas kecoh apa yang terjadi di Terengganu tentang pencarian jodoh menggunakan banting, kini ia menjadi trend pula apabila cara yang sama digunakan di England.
Mark Rofe, 30, menyewa sebuah billboard gergasi di sebuah jalan di Manchester untuk mencari pasangan baru.
Menurutnya, tindakan itu adalah kerana dia terdesak mencari teman sempena hari kekasih yang bakal tiba tidak lama lagi.
Oleh sebab itu dia sanggup membelanjakan sejumlah wang hampir RM3,000 untuk mempromosikan dirinya di sebuah billboard di kawasan tersebut.
“Saya cakap pada kawan, betapa susahnya guna aplikasi cari jodoh. Saya berjenaka untuk letakkan wajah pada billboard.
“Kami ketawa mengenainya tapi ia merupakan idea yang bagus,” ujarnya.
Tambah Rofe, hasil daripada idea yang kreatif itu dia menerima lebih 1,000 permohonan gadis yang mahu berkenalan dengannya.
Manakan tidak, dia menganggarkan 460,000 individu akan melalui jalan terletaknya billboard berkenaan yang bertukar poster setiap minggu
Idea ini akhirnya membuahkan hasil dan Rofe kini hanya perlu membuat pilihan terbaik untuk memilih pasangan paling bagus buat dirinya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]