Johnny Depp kemuka rakaman audio sebagai bukti jadi mangsa keganasan

Johnny Depp kemuka rakaman audio sebagai bukti jadi mangsa keganasan

Amber Heard kemukakan saman keganasan rumah tangga yang dilakukan Johnny Depp terhadap dirinya dan perbicaraan masih berjalan.

Johnny Depp memfailkan saman RM200 juta terhadap Amber Heard selepas Heard tampil dengan kenyataan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Susulan dakwaan Johnny Depp dera Amber Heard, satu rakaman audio telah dikongsikan di Twitter yang membuktikan Depp tidak bersalah atas tuduhan itu.

Dalam rakaman audio tersebut, dapat didengari Amber mengaku dirinya yang melakukan kekerasan terhadap Depp.

Rakaman yang tersebar itu diakui asli oleh peguam Depp, Adam Waldman di mana audio berkenaan dilaporkan dirakam pada tahun 2015.

Menerusi rakaman itu, Depp dan Heard sedang berbicara tentang sebuah insiden yang berakhir dengan keganasan fizikal, di mana Heard akui memukul bekas suaminya.

“Sayang. Muka kamu tidak ditumbuk. Saya tidak tahu bagaimana gerakan tangan saya waktu itu tetapi kamu elok sahaja. Saya tidak menyakitimu dan memukulmu,” itu antara dialog yang diungkapkan kepada Depp oleh Heard.

Dalam perbualan tersebut, Depp kekal sebagai seorang yang tenang dan melayan karenah Heard yang sedang marah kepadanya.

Antara perbualan di antara Depp dengan Heard yang menunjukkan Heard memulakan pergaduhan secara fizikal.

“Saya mengaku memulakan pergaduhan fizikal,” pengakuan Heard dalam rakaman tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Johnny Depp telah mengambil keputusan untuk memfailkan saman sebanyak RM200 juta terhadap Amber Heard setelah Heard tampil dengan kenyataan bahawa beliau menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun, berkahwin pada tahun 2015 dan bercerai pada tahun 2016.

Namun peguam Heard, Roberta Kaplan berkata rakaman audio berkenaan tidak boleh dijadikan asas langsung tiada kekerasan berlaku kepada Heard sepanjang mereka bergelar suami isteri.

“Fakta bahawa seorang wanita bergaduh atau membalas bukan bererti dia tidak pernah menjadi subjek kekerasan domestik berulang,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Peminat setia Johnny Depp rata-rata bersimpati dengan Depp kerana fitnah yang dilemparkan kepadanya menyebabkan beliau “digam” oleh studio ternama di Hollywood.

Perbicaraan kes saman ini masih berterusan.

Fitnah terhadap Johnny Depp ini dikhabarkan menjadi sebab utama Depp digugurkan daripada franchise Pirates Of The Caribbean.

Bukan hanya rakaman audio ini, Depp turut mempunyai bukti CCTV kekerasan Heard terhadapnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.