Wow… Jepun hasilkan kit ‘bina sendiri keranda anda’

Wow… Jepun hasilkan kit ‘bina sendiri keranda anda’

Tidak perlu bimbang lagi jika sebelum ini kos pengebumian mencecah beribu ringgit namun kini syarikat dari Jepun perkenalkan pakej RM1,383 untuk satu set kit DIY keranda.

Demonstrasi bagaimana hendak memasang keranda. (Gambar RUPTLY)

Sebagai usaha dan langkah untuk mengurangkan kos pengebumian, sebuah syarikat di Jepun menghasilkan idea dengan memperkenalkan kit “bina sendiri keranda anda”.

Kit yang menjimatkan kos itu digunakan untuk pengebumian beberapa kaki di bawah tanah dan dijual secara atas talian.

Menurut Mirror.co, kit berkenaan mengandungi sebuah keranda kayu, satu bekas abu mayat, satu kota warna perak untuk menyimpan tulang dari proses pembakaran.

Selain itu, ia turut mengandungi set bantal, tilam dan comforter.

Keranda tersebut disertakan dengan tilam dan bantal. (Gambar RUPTLY)

Pembeli juga akan diberikan buku panduan DIY (Do-It-Yourself), termasuk Furoshiki iaitu kain yang digunakan untuk membungkus sesuatu.

Ketua Pegawai Eksekutif Tsubasa Public Utility Co yang mengeluarkan kit tersebut, Shinohara Norifumi, berkata manual tersebut mengandungi maklumat mengenai bagaimana untuk membawa jenazah.

“Manual juga memberitahu bagaimana untuk membawanya turun dan bila sebenarnya dibakar, bagaimana mahu membuat temujanji, bagaimana melakukannya untuk proses tersebut, semuanya dijelaskan”.

Walaupun kit tersebut memerlukan kos tambahan seperti sewa tanah dan kos pengebumian, idea tersebut masih menjimatkan.

Antara kelengkapan yang diberikan – sebuah keranda kayu, satu bekas abu mayat, satu kota warna perak untuk menyimpan tulang dari proses pembakaran.

Bagaimanapun, kit yang membabitkan kos kira-kira RM1,383 tidak termasuk caj penghantaran.

Ia mungkin memerlukan orang lain untuk memasangkan keranda tersebut, tetapi syarikat itu menjelaskan seseorang itu tidak seharusnya mencuba pengebumian di rumah atau bakar, meskipun menyukai sesuatu yang murah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.