Mahkamah Rayuan kekal keputusan bebas doktor didakwa sebabkan kematian menantu Zahid

Mahkamah Rayuan kekal keputusan bebas doktor didakwa sebabkan kematian menantu Zahid

Panel 3 hakim terdiri daripada hakim Hamid Sultan Abu Backer, Hanipah Farikullah dan Hadhariah Syed Ismail menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Ting.

Pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Ting Teck Chin dibebaskan daripada pertuduhan menyebabkan kematian Syed Alman Zain Syed Alwi yang juga menantu bekas timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi, ketika mendapatkan rawatan gigi pada 2016. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan pembebasan pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Ting Teck Chin atas pertuduhan menyebabkan kematian Syed Alman Zain Syed Alwi yang juga menantu bekas timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi, ketika mendapatkan rawatan gigi pada 2016.

Panel 3 hakim terdiri daripada hakim Hamid Sultan Abu Backer, Hanipah Farikullah dan Hadhariah Syed Ismail menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Ting.

Menurut hakim Hamid tindakan mendakwa pengamal perubatan profesional mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan adalah suatu penyalahgunaan (proses mahkamah) dan hakim Mahkamah Sesyen itu secara bijak telah menghentikan penyalahgunaan itu, kata peguam K Kumaraendran yang mewakili Ting, ketika ditemui selepas prosiding mahkamah hari ini.

Beliau berkata Mahkamah Rayuan menolak rayuan pihak pendakwaan selepas mendengar hujahan timbalan pendakwa raya Allan Suman Pillai.

Beliau berkata, pihak pembelaan tidak perlu menjawab hujahan pihak pendakwaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.