Laman web pengurusan umrah Sajat tidak aktif gara-gara kecaman pakai telekung

Laman web pengurusan umrah Sajat tidak aktif gara-gara kecaman pakai telekung

Laman web agensi pelancongan umrah Albayt Travel Sdn Bhd tidak lagi aktif susulan kecaman hebat netizen apabila Sajat berpakaian wanita di tanah suci Mekah ketika menunaikan umrah.

Sajat dilihat memakai pakaian lelaki di KLIA sebelum berlepas ke tanah suci Mekah.

Tindakan selebriti media sosial, Nur Sajat yang memakai telekung ketika mengerjakan umrah benar-benar mendapat perhatian orang ramai sekaligus mengundang kecaman netizen.

Ini kerana ia bertentangan dengan agama yang hakikatnya Sajat merupakan seorang lelaki, namun berpakaian seperti wanita dengan memakai telekung berwarna putih.

Malah gambar Sajat bersama ibu bapa serta anak angkatnya dimuat naik dalam laman sosial Instagramnya semalam.

Bukan itu sahaja, video Sajat bersama dua orang rakan yang lain, turut dipercayai berjantina lelaki memakai telekung juga tular di media sosial.

Tindakan ini dikira sebagai penghinaan terhadap Islam kerana boleh membatalkan wuduk wanita lain yang turut mengerjakan umrah sekaligus menyebabkan keseluruhan amalan itu terbatal.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila syarikat yang mengendalikan pengurusan Sajat ke tanah suci Mekah iaitu agensi pelancongan Albayt Travel Sdn Bhd turut terkena tempias dan dipersoal mengapa syarikat tersebut tidak memberi penerangan secara jelas kepada Sajat tentang pemakaian yang harus digunakan ketika mengerjakan umrah.

Sajat bergambar bersama ibu dan ayah serta 2 anak angkatnya di depan Kaabah.

Namun setakat ini, FMT mendapati laman sesawang syarikat itu kini tidak lagi aktif kerana mendapat kecaman hebat daripada netizen.

Untuk pengetahuan, homoseksualiti di Arab Saudi boleh dikenakan hukuman mati manakala pembedahan menukar jantina pula salah di sisi undang-undang.

Laman web Albayt Travel Sdn Bhd kini tidak lagi aktif setelah menjadi perhatian netizen.

Menceritakan keadaan yang sama pernah berlaku pada 2017, 2 orang transgender dikatakan pernah diseksa pihak polis Arab Saudi dan menurut Independent, mereka didakwa telah dihumban ke dalam karung guni sebelum dipukul dengan kayu dan diseksa hingga mati.

Berdasarkan perkembangan terbaru, Agensi yang membawa Sajat mengesahkan ahli perniagaan itu sudah dibawa keluar daripada Tanah Suci.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.