
Menurut agensi penarafan tersebut, ini ternyata berbeza daripada penyusutan 3.6% dan 5.5% yang dialami pada bulan sebelumnya.
“Ini membuktikan prestasi itu mampu dicapai walaupun dalam persekitaran global yang suram dan menjejaskan perkembangan perdagangan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut RAM Ratings, eksport Malaysia ke China dilihat berisiko memandangkan 83% import barangan Beijing ketika ini adalah dari Malaysia.
“Malah, 12.7% import China dari Malaysia meliputi barangan komited yang disenaraikan Amerika Syarikat (AS) sebagai kelebihan perbandingan nyata (RCA),” katanya.
Ini berkemungkinan mengalihkan permintaan dari Malaysia dengan mengutamakan pengeluar AS yang lebih kompetitif.
“Di bawah senario itu, produk yang paling berisiko adalah gas asli cecair dan naphta memandangkan bahagian permintaan China yang besar, selain kelebihan AS dalam pengeluaran itu,” katanya.
RAM Ratings berkata, sebarang perubahan dalam eksport AS ke China berkemungkinan menyebabkan bekas rakan dagang tersebut mencari pembekal alternatif jika pesanan terbabit tidak dapat dipenuhi yang turut memberi kelebihan kepada Malaysia untuk meraih manfaatnya.