Malaysia tersenarai bekalan air tidak bersih?

Malaysia tersenarai bekalan air tidak bersih?

Kajian Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) melaporkan Malaysia tersenarai di antara negara yang dilaporkan mempunyai bekalan air tidak bersih.

Senarai negara yang tidak mempunyai bekalan air bersih, termasuk Malaysia.

Selain makanan, minuman yang bersih juga adalah penting bagi mengelakkan daripada sebarang penyakit.

Ini kerana air tidak boleh diminum terus daripada paip berikutan bakteria yang boleh membuatkan anda jatuh sakit.

Sebab itulah air tersebut perlu dimasak terlebih dulu, namun terdapat juga produk penapis air yang dijual bagi meningkatkan kualiti air menjadi lebih bersih dan diyakini.

Menurut laporan kajian Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), pelancong dinasihati supaya mengelak minum air paip di 187 negara.

Antara negara tersebut adalah Turki, Maghribi, China, Rusia, India, Indonesia, Brazil, Argentina, Mexico, Kazakhstan, Ukraine, Afrika Selatan, Pakistan, Vietnam dan Thailand.

Malah Malaysia turut tersenarai dalam 187 negara itu.

Senarai negara yang mempunyai bekalan air bersih.

Namun, sebelum ini Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jeyakumar, berkata air paip di Malaysia yang telah diproses oleh loji rawatan air selamat untuk diminum terus.

Namun ia akan mempunyai masalah jika air tersebut berpunca daripada pihak tempatan dan bukan loji rawatan air.

Dalam laporan itu juga turut menyenaraikan negara lain yang membekalkan air selamat untuk diminum, antaranya Australia, New Zealand, Korea Selatan, Kanada, Australia, Jepun, Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom, Jerman, Iceland, Denmark, Republik Czech dan Belanda.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.