
Penyanyi Selena Gomez akhirnya mengakui lagu terbaharunya berjudul “Lose You To Love Me” merupakan luahan hatinya terhadap bekas kekasih, Justin Bieber.
Menurut laporan portal Buzz Feed, Selena berkata lagu tersebut dihasilkan ketika dia sedang bersedih dengan perpisahan mereka itu.
Dia turut berkata sepanjang hubungannya dengan Justin, emosinya sering terganggu sehinggalah mereka mengambil keputusan membawa haluan masing-masing pada Mac 2018.
“Makna lagu ini berbeza ketika saya menulisnya dulu… pada saat itu saya tidak merasa diperlakukan dengan baik tapi saya harus menerimanya.
“Bagaimanapun saya perlukan cara lain untuk mengatakan sesuatu dan menulis lagu ini salah satu caranya.
“Ini bukan lagu kebencian, ini lagu yang berbentuk jujur. Saya pernah memiliki hubungan yang indah dan tak boleh menafikan hal itu. Ia terlalu peribadi tetapi saya gembira ianya sudah berakhir,” katanya semasa temubual bersama NPR.
“Lose You To Love Me” telah dilancarkan pada Oktober tahun lalu dan menerima pelbagai komen daripada pendengar.
Ada yang berpendapat lirik pada lagu tersebut seakan-akan ditujukan kepada Justin Bieber yang kini sedang bahagia bersama isteri Hailey Baldwin.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]