Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Pelabur beralih kepada mata wang selamat susulan sentimen positif dalam ekonomi global ketika ini.

Menurut peniaga, langkah Rizab Persekutuan AS mengekalkan kadar sedia ada tahun ini memberi kesan minimum terhadap prospek ekonomi ketika negara maju itu meneruskan pengembangannya dalam tempoh panjang.
KUALA LUMPUR:
Ringgit susut daripada pengukuhan semalam apabila dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini ketika pelabur beralih kepada mata wang selamat susulan sentimen positif dalam ekonomi global ketika ini.

Setakat 9.20 pagi ini, ringgit disebut pada 4.0850/0880 berbanding dolar AS daripada 4.0790/0820 sewaktu ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata, langkah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar sedia ada pada mesyuarat pertamanya tahun ini memberi kesan minimum terhadap prospek ekonomi ketika negara maju itu meneruskan pengembangannya dalam tempoh panjang.

Sementara itu, ringgit kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama lainnya.

Ringgit mengukuh kepada 2.9966/9993 daripada 2.9979/9012 berbanding dolar Singapura namun ia rendah berbanding yen Jepun kepada 3.7501/7536 daripada 3.7408/7446 pada Rabu.

Unit tempatan itu turut lemah berbanding euro kepada 4.4988/5025 daripada 4.4869/4918 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.3199/3242 daripada 5.3076/3131, semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.