Australia diserang ‘nyamuk gajah’ sebesar 20 sen, potensi wabak baru

Australia diserang ‘nyamuk gajah’ sebesar 20 sen, potensi wabak baru

Peningkatan penemuan ‘nyamuk gajah’sekitar kawasan Queensland memberi petanda akan wujudnya wabak penyakit menerusi virus Ross River yang tiada penawarnya.

Nyamuk gajah sama saiz dengan syiling 20 sen dikesan.

Tahun 2020 menyaksikan banyak bencana yang berlaku di seluruh dunia.

Paling teruk bencana yang menimpa Australia pada hujung tahun lepas dan awal bulan Januari ini.

Kini muncul pula kebimbangan baru buat rakyat di negara itu apabila pakar menemui spesis nyamuk sebesar duit syiling 20 sen yang juga dikenali sebagai Toxorhychites iaitu “nyamuk gajah”.

Nyamuk itu dikatakan menyerang kawasan Gold Coast di Queensland dekat Coombabah, Paradise Point dan Biggera Waters, lapor Daily Mail.

Nyamuk gajah dilaporkan serang kawasan Gold Coast di Queensland.

Peningkatan penemuan serangga ini sekitar kawasan Queensland menyebabkan kebimbangan akan wabak virus Ross River, yang dikatakan tiada penawar.

Lebih mengerikan, nyamuk gajah ini dilihat 5 kali lebih besar daripada nyamuk biasa tetapi mereka ini katanya lebih gemar makan larva nyamuk lain daripada darah manusia.

Kerajaan Australia melakukan semburan untuk menghapuskan nyamuk gajah.

Demi mengelakkan pertambahan populasi nyamuk tersebut, pihak berkuasa Gold Coast membuat semburan pencegahan di kawasan-kawasan tumpuan.

Perubahan cuaca dan banjir baru-baru ini menyebabkan pakar-pakar bimbang akan meletusnya wabak virus Ross River.

Kedudukan serangan nyamuk gajah di Australia

Untuk rekod, kali terakhir wabak yang melibatkan serangga ini berlaku ialah pada tahun 2015, iaitu apabila hampir 700 jangkitan yang berlaku dan tidak dapat disembuhkan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.