Lion Air turut hentikan penerbangan China

Lion Air turut hentikan penerbangan China

Puluhan penerbangan bagi laluan ke 15 bandar raya China akan terjejas.

Lion Air yang beroperasi di Indonesia. (Gambar Reuters)
JAKARTA:
Kumpulan Lion Air Indonesia, syarikat penerbangan terbesar di Asia Tenggara, turut menghentikan semua penerbangannya ke dan dari China susulan wabak koronavirus, kata jurucakap syarikat itu.

“Semua penerbangan ke China akan ditangguh buat sementara waktu bermula dari 1 Feb hingga notis selanjutnya,” kata Danang Mandala Prihantoro kepada AFP.

Puluhan penerbangan bagi laluan ke 15 bandar raya China akan terjejas, tambahnya.

Indonesia menarik lebih 1 juta pelancong China setiap tahun dan menjadi tuan rumah kepada berpuluh ribu pekerja yang mempunyai pas sementara.

Hari ini, British Airways juga menghentikan penerbangan ke dan dari China, sementara Urals Airlines Rusia berkata ia menggantung beberapa perkhidmatan penerbangan ke Eropah termasuk Paris dan Rom, lokasi popular dalam kalangan pelancong China kerana wabak tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.