Koronavirus: Sabah teliti keperluan bekal petugas alat pencegahan di pintu masuk

Koronavirus: Sabah teliti keperluan bekal petugas alat pencegahan di pintu masuk

Setakat ini, 4 warga China yang memasuki Malaysia dari Singapura disahkan positif 2019 novel koronavirus.

Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal berkata, Sabah juga mengambil langkah berjaga-jaga memperketatkan pengawasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
SEMPORNA:
Kerajaan negeri Sabah meneliti keperluan membekalkan peralatan pencegahan untuk petugas seperti anggota penguat kuasa yang memeriksa warga asing di pintu masuk negeri bagi mengelak penularan wabak koronavirus.

Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal berkata, wujud keperluan mengagihkan peralatan pencegahan seperti penutup hidung dan mulut, sarung tangan dan pencuci tangan (hand sanitizer) kepada petugas terlibat bagi mencegah jangkitan virus itu.

“Saya ingat Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat serta Kementerian Pelajaran dan Inovasi sedang mengusahakan perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parti Warisan Sabah cawangan Bandar Baru Semporna di sini, malam tadi.

Beliau berkata, Sabah juga mengambil langkah berjaga-jaga memperketatkan pengawasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

“Kita ambil langkah proaktif, pencegahan, misalnya meletakkan kemudahan saringan kesihatan untuk mengesan tahap kesihatan pelancong yang datang,” katanya.

Setakat ini, dilaporkan 4 warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor dari Singapura disahkan positif 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) .

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.