Jijik… Penghantar makanan ludah piza bakal dipenjara 18 tahun

Jijik… Penghantar makanan ludah piza bakal dipenjara 18 tahun

Rakaman video itu jelas menunjukkan penghantar makanan, Burak S meludah ke atas piza dan merakam perbuatannya menggunakan telefon bimbit.

Seorang pendakwa raya di Turki menggesa hukuman 18 tahun penjara dikenakan ke atas seorang penghantar makanan atas kesalahan meludah piza sebelum menyerahkannya kepada pelanggan.

Perbuatan jijik itu berlaku pada 2017 di pusat bandar Eskisehir dan ia dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di blok pangsapuri pelanggan terbabit.

Rakaman video itu jelas menunjukkan penghantar makanan terbabit, Burak S meludah ke atas piza dan merakam perbuatannya menggunakan telefon bimbit.

Motif sebenar kejadian tidak diketahui.

Lapor agensi berita DHA, defendan telah didenda RM2,700 kerana membahayakan kesihatan pelanggan.

Namun, pihak pendakwa raya mahu hukuman penjara dalam tempoh yang panjang dikenakan ke atas lelaki tersebut kerana meracun dan mencemarkan produk makanan.

Kes itu terbongkar selepas pemilik bangunan yang melihat insiden berkenaan di CCTV sebelum bertindak memaklumkan perkara tersebut kepada pelanggan terbabit.

Pendedahan itu menyebabkan pelanggan berkenaan membuat aduan sekali gus mencetuskan siasatan jenayah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.