Gadis dari India catat rekod rambut terpanjang di dunia

Gadis dari India catat rekod rambut terpanjang di dunia

Nilanshi Patel yang memiliki rambut sepanjang 190cm mengambil masa 1 jam untuk sikat rambut dan 30 minit untuk keringkan.

Hanya kerana memiliki rambut yang panjang dan cantik, wanita ini diberi gelaran Rapunzel.

Guinness World Records menamakan Nilanshi Patel dari Modasa, India sebagai gadis yang mempunyai rambut panjang di dunia.

Nilanshi mencatat rekod baharu apabila memiliki rambut sepanjang 190cm.

Sebelum ini, Nilanshi pernah mencatat rekod dengan memiliki rambut sepanjang 170.5 cm pada November 2018.

Rupa-rupanya, wanita itu pernah melalui pengalaman ngeri di sebuah salon rambut yang menyebabkannya mula menyimpan rambut panjang sejak berusia enam tahun.

Dalam pada itu, remaja berusia 17 tahun itu berkata dia hanya akan membasuh rambutnya seminggu sekali.

Nilanshi turut mendakwa bahawa dirinya akan menghabiskan masa selama sejam untuk menyikat rambut dan 30 minit lagi untuk keringkan rambutnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.