Tokoh Malaysia Airlines Abdul Aziz Abdul Rahman meninggal dunia di usia 86

Tokoh Malaysia Airlines Abdul Aziz Abdul Rahman meninggal dunia di usia 86

Bekas pengarah urusan Malaysia Airlines itu dilapor meninggla dunia lewat malam tadi.

Bekas pengarah urusan Malaysia Airlines, Abdul Aziz Abdul Rahman.
PETALING JAYA:
Bekas pengarah urusan Malaysia Airlines, Abdul Aziz Abdul Rahman dilaporkan meninggal dunia lewat malam tadi di usia 86 tahun.

Dikatakan sebagai orang yang bertanggungjawab menjadikan Malaysia Airlines jenama terkenal, Aziz, yang menghidap kanser esofagus, meninggal dunia di Hospital Gleneagles Ampang, Kuala Lumpur pada 11.51 malam.

Jenazahnya dibawa ke Masjid Saidina Umar Bukit Damansara pada pagi tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Anak jati Kelantan itu menyertai Malaysia Airlines pada April 1971 dan bersara pada 1991 dengan meninggalkan rizab tunai RM5 bilion untuk syarikat penerbangan nasional itu.

“Jasa kamu akan dikenang oleh warga pekerja. Salam takziah buat seisi keluarga,” kata kumpulan mewakili kakitangan penerbangan, Kesatuan Anak Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.