Kontrak 2 doktor di Hospital Sibu dilanjut

Kontrak 2 doktor di Hospital Sibu dilanjut

Dua doktor, Dr Wong Woan Hui dan Dr Bong Ing Hui, mendakwa diberikan surat penamatan kontrak daripada Kementerian Kesihatan pada 20 Nov tahun lepas.

Media sebelum ini melaporkan kontrak 2 doktor di Hospital Sibu ditamatkan tanpa sebarang alasan diberikan. 
KUCHING:
Kontrak 2 doktor di Hospital Sibu yang dilaporkan ditamatkan oleh kerajaan Nov lepas dilanjutkan, kata pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen hari ini.

Beliau berkata, perkara itu dibawa kepada perhatian Menteri Kewangan Lim Guan Eng selepas ia dilaporkan media tempatan baru-baru ini dan Lim kemudian membincangkan isu itu dengan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.

“Kementerian Kesihatan hari ini membuat keputusan untuk melanjutkan kontrak pegawai perubatan berkenaan. Kami mengucapkan terima kasih kepada media yang melaporkan perkara itu yang membabitkan kepentingan rakyat Sarawak,” kata Chong dalam kenyataan.

Dua doktor itu, Dr Wong Woan Hui dan Dr Bong Ing Hui, mendakwa mereka diberikan surat penamatan kontrak daripada Kementerian Kesihatan pada 20 Nov tahun lepas tanpa memberikan sebarang alasan.

Dr Wong berkhidmat dengan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, manakala Dr Bong di Jabatan Pediatrik hospital itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.