Kesian… Pengurus, pengarah merangkak depan kakitangan kerana gagal capai sasaran

Kesian… Pengurus, pengarah merangkak depan kakitangan kerana gagal capai sasaran

Sekumpulan eksekutif sebuah syarikat di China 'menghukum' diri sendiri dengan merangkak di hadapan kakitangan selepas gagal mencapai sasaran jualan ditetapkan.

Setiap syarikat jualan atau pemasaran pastinya mempunyai sasaran tertentu yang perlu mereka capai.

Tidak kiralah dalam atau luar negara, ia satu kewajipan bagi syarikat seperti ini mencapai apa yang telah dirancang setiap bulan atau tahun.

Dan jika ia tidak tercapai sudah pasti ia akan mengecewakan sesebuah syarikat itu.

Di China sekumpulan eksekutif sebuah syarikat “menghukum” diri sendiri dengan merangkak di hadapan kakitangan selepas gagal mencapai sasaran jualan ditetapkan.

Daily Mail melaporkan, mereka yang terdiri daripada pengurus dan pengarah syarikat berbuat demikian pada majlis makan malam bersama kakitangan yang diadakan di restoran yang terletak di Jilin, timur China.

Seorang kakitangan syarikat berkenaan berkata, mereka berbuat demikian atas kerelaan sendiri.

“Ada di antara mereka yang merangkak dan membuat tiga pusingan di lokasi berkenaan selepas gagal mencapai sasaran jualan yang ditetapkan pada pertengahan tahun,” katanya.

Pada majlis sama, terdapat beberapa kakitangan memegang bendera selain suara yang menyebut “saya bersumpah, saya bertanggungjawab” dilaungkan dari pembesar suara sebagai hukuman kepada kumpulan itu.

Hukuman kejam seumpama itu bukan perkara pelik di China, namun ada ketikanya ia digunakan sebagai cara mendapatkan publisiti.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.