
Presiden Claus Weidner optimis bagi tahun ini, mengatakan terdapat pengeluaran dan inovasi yang akan meningkatkan pengalaman pelanggan.
“2019 adalah tahun di mana kita amat menekankan pengembangan produk kami dengan teknologi yang inovatif dan reka bentuk yang menimbulkan emosi, bagi memenuhi keperluan pelanggan kami.
“Menerusi kepimpinan yang kukuh dan wawasan, kami mengesahkan komitmen kepada pasaran Malaysia dan pelanggan dalam menyampaikan produk terbaik dan pengalaman pelanggan terbaik,” katanya pada sidang media hari ini.
Pada 2019, Mercedes-Benz Services Malaysia (MBSM) mencatatkan lebih RM1 bilion kontrak baru dan mengumpul portfolio perkhidmatan bernilai RM2.6 bilion.
Ia menambah ia menyumbang kepada pembangunan bakat-bakat tempatan yang berkemahiran tinggi dalam industri automotif menerusi Akademi Latihan MBM, dengan 30 perantis lepasan daripada institusi itu tahun lepas.