
Pengerusi LPA, Chan Foong Hin berkata, surat penamatan pajakan dikeluarkan kepada pengendali pelabuhan, Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM) Jumaat lalu, dan mereka perlu menghentikan operasi pada minggu ketiga Mac ini.
.
Beliau berkata, pengendali baru pelabuhan dari luar Labuan itu dipertanggungjawabkan memastikan kecekapan operasi pelabuhan itu.
Beliau berkata demikan kepada pemberita selepas persembahan tarian singa sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Serbaguna Labuan, di sini, hari ini.
Pada 17 Dis lepas, LLPM membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan konspirasi dalam proses membuat keputusan tender di pelabuhan Labuan.
Pengendali pelabuhan itu juga membuat laporan mengenai kebocoran keputusan tender itu yang belum diumumkan secara rasmi oleh LPA.
Masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baru Cina pada 25 dan 26 Jan ini.