
TOKYO: Tiga orang cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjatakan pisau menyerang sebuah restoran dalam daerah Shinjuku di Tokyo, Jepun, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik laporan media tempatan.
Menurut stesen penyiar NHK, 4 lelaki bersenjatakan pisau memasuki restoran pada Sabtu pagi dan mendesak untuk bercakap dengan orang yang bertanggungjawab mengurus restoran tersebut.
Penyerang kemudian menyerang 3 pekerja restoran itu sebelum melarikan diri.
Seorang daripada mangsa mengalami kecederaan serius, namun tidak membahayakan nyawa, manakala 2 lagi cedera ringan, lapor stesen penyiar itu yang memetik kenyataan pegawai polis.
Polis Tokyo menyiasat kes itu di bawah kesalahan cubaan membunuh.