Mufti sokong kaji undang-undang keluarga tingkat hak wanita

Mufti sokong kaji undang-undang keluarga tingkat hak wanita

Wan Salim Wan Mohd Noor berkata undang-undang harus dikaji dari semasa ke semasa bagi mencapai tujuan menegakkan keadilan dan memberi manfaat pada masyarakat.

Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor berkata undang-undang harus dijadikan lebih adil untuk wanita. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Ajaran Islam sebenar memastikan hak wanita dilindungi dan dihormati, kata Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor.

Wan Salim beritahu FMT undang-undang manusia tidak sempurna kerana kekurangan manusia.

“Oleh itu tidaklah pelik jika undang-undang sering dikaji dari semasa ke semasa untuk memperbaikinya supaya memenuhi tujuannya, menegakkan keadilan, dan memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata kajian-kajian itu itu akan termasuk pindaan pada undang-undang keluarga Islam “supaya lebih adil bagi wanita jika undang-undang semasa tidak memastikan hak mereka berkenaan perceraian, poligami, nafkah, hadanah, dan perkara lain.”

Wan Salim tidak bersetuju dengan pendirian “ulama” yang membantah perubahan pada undang-undang yang memberi kesan pada diskriminasi terhadap wanita.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin agama yang menghadiri mesyuarat Konvensyen Berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Cedaw) tidak memaparkan pandangan Islam sebenar.

“Sesiapa yang mempelajari ajaran Islam dari sumber-sumber asal dengan mudah dapat merumuskan Islam memberikan hak yang sama kepada wanita seperti lelaki, kecuali dalam beberapa isu, atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan,” katanya.

Seorang aktivis hak wanita baru-baru ini berkata undang-undang keluarga Islam Malaysia rosot kembali susulan pindaan pada 1994 dan 2003.

Zainah Anwar, pengarah eksekutif Musawah, berkata pindaan-pindaan itu menarik balik banyak reformasi-reformasi progresif dan sejak itu undang-undang keluarga Islam Malaysia menjadi daripada antara yang terbaik di dunia Islam kepada antara yang terburuk.

Beliau juga bercakap tentang menghadiri mesyuarat Cedaw di mana pemimpin-pemimpin negara-negara Islam berkata undang-undang tidak boleh direformasikan untuk mengiktiraf kesamaan kerana ia bertentangan dengan Islam.

Wan Salim berkata “ada kemungkinan mereka itu terdiri daripada orang-orang yang jahil atau berpengetahuan cetek tentang ajaran Islam”.

Bagaimanapun, usaha untuk hak wanita tidak harus dipengaruhi budaya Barat kerana tradisinya “merosakkan” wanita.

“Mesti akui tradisi Timur seringkali regresif bagi wanita, sementara tradisi Barat merosakkan perempuan. Kita tidak mahu mereka merosot atau dirosakkan.

“Apa yang kita bincangkan sekarang adalah undang-undang mahkamah syariah harus menjadi instrumen untuk melaksanakan undang-undang Tuhan demi menegakkan keadilan untuk semua, lelaki dan wanita.

“Undang-undang Islam bukan Timur atau Barat, tetapi ia berdasarkan wahyu Tuhan yang maha mengetahui dan maha bijaksana,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.