SPRM dakwa pengerusi syarikat milik Kementerian Pendidikan esok

SPRM dakwa pengerusi syarikat milik Kementerian Pendidikan esok

Beliau berdepan 3 pertuduhan di bawah Kanun Keseksaan.

SPRM berkata, ia akan mendakwa pengerusi syarikat Education Malaysia Global Services, Abdul Rahman Shariff, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.
PETALING JAYA:
Pengerusi sebuah syarikat milik Kementerian Pendidikan akan didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pagi esok.

Pengerusi syarikat Education Malaysia Global Services (EMGS) Abdul Rahman Shariff berdepan 3 pertuduhan di bawah Kanun Keseksaan, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, maklumat lanjut berhubung kes berkenaan akan dimaklumkan esok, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.